Sunday, October 23, 2016

Perisian Utiliti (Utilities Software)

Perisian Utiliti 

Program utiliti merujuk kepada perisian sokongan atau bantuan yang berperanan membantu memastikan kelancaran perkakasan komputer, sistem pengendalian dan perisian aplikasi. Perisian utiliti biasanya di sepadukan dengan kebanyakkan sistem pengendalian atau dipasang secara berasingan. Perisian utiliti terbahagi kepada 2 jenis iaitu  os based utility dan non-os based utility.

- Merupakan perisian sokongan yang membantu kelancaran perkakasan komputer, sistem pengendalian dan  perisian aplikasi.
- Terdapat dua jenis iaitu:
         o  disepadukan dengan sistem pengendali
Perisian utiliti dalam windows
         o  dipasang secara berasingan
- Contoh perisian utiliti yang biasa digunakan ialah:
          o  Disk clean-up
          o  Disk defragmenter
          o  Perisian antivirus
          o  Penjagaan cakera keras
          o  Sistem sandaran (back-up)
          o  Utiliti arkib (archiever)
          o  Utiliti pemampatan (compression)
          o  Utiliti penyulitan (encryption)

JENIS-JENIS DAN FUNGSI PERISIAN UTILITI

OS BASED UTILITY

Os based utility terbahagi kepada 2 iaitu Scan Disk atau Disk Scanner dan penyusunan cekera (Disk defragmenter).

Disk Scanner
Scan Disk adalah salah satu alat maintenance yang paling biasa digabungkan dengan sistem operasi seperti windows. Ini adalah perisian aplikasi yang digunakan untuk mengesan dan membetulkan masalah di hard disk atau floopy disk komputer. Setelah scan disk mencari dan menemukan kesalahan dalam hard drive. Manakala fail yang tidak digunakan akan dibuang atau cuba untuk memperbaikinya. Kesalahan yang sering ditemui disebabkan termasuk:
i)    Sistem yang sering rosak
ii)    Aplikasi sistem yang penting tidak ditutup dengan betul.
iii)    Adanya program berbahaya seperti virus,Trojan dan lain-lain.

Setelah Scan Disk selesai tugasnya, aplikasi ini akan memberikan laporan yang mengandungi kesalahan yang telah dijumpai dan jumlah ruang cakera yang telah diimbas. Oleh itu penting bagi pengguna untuk menggunakan aplikasi Scan Disk kerana memastikan bahawa data mereka selamat daripada rosak. Dengan itu, barulah ada jaminan bahawa komputer mereka akan beroperasi dengan baik.

Disk Defragmenter
Walaupun hard drive semakin canggih  namun masih lagi terdapat kelemahannya dari segi penjagaan drive. Bila fail dicipta, dihapus, atau diubahsuai sudah pasti akan menjadi Fragmented. Fragmented bermaksud fail tidak disimpan dalam satu tempat secara keseluruhannya atau lebih dikenali oleh pengguna komputer sebagai sebuah lokasi contiguous (berdekatan).

Bahagian-bahagian fail yang berlainan bertaburan di seluruh hard disk dalam bentuk cebisan noncontiguous. Semakin banyak fragmented file di dalam sebuah drive maka semakin berkuranglah kemampuan dan keupayaan drive head kerana ia terpaksa mencari kesemua cebisan-cebisan itu di lokasi-lokasi yang berbeza. Disk Defragmenter Utility direka untuk menyusun semula fail noncontiguous ke fail contiguous dan mengoptimumkan penempatan mereka pada hard drive untuk meningkatkan keupayaan dan prestasi. Perisian ini mengenalpasti fail dan ruang yang tidak diperlukan yang akan menjadikan komputer lebih laju.


NON OS BASED UTILITY

Perlindungan Virus (Anti-virus)
Contoh perisian perlindungan virus
- Berfungsi mengimbas, menangkis dan melindungi data komputer dari serangan virus.- Bertindak dengan mengimbas cakera keras, ingatan kilat dan ingatan utama bagi mengesan serta menghapuskan virus tersebut.
- Perisian ini perlu sentiasa dikemaskini (up-to-date) bagi memastikan fail tandatangan virus (virus signature) sentiasa diperbaharui dengan jenis-jenis ancaman virus terkini.
- Pengguna perlu mengamalkan langkah berjaga-jaga seperti mengimbas setiap fail yang dipindah turun dari internet.
- Contoh perisian seperti Norton, Avira, McAfee, Kaspersky dan Avast.


Pemampatan Data (Data Compression)
- Digunakan untuk memampat dan nyahmampat fail bagi
         o  Menjimatkan ruang penyimpanan
         o  Meningkatkan kelajuan penghantaran emel
         o  Mengurangkan masa memuat turun fail
- Antara fail-fail yang biasanya dimampatkan ialah fail dokumen, video, grafik ataupun audio.
- Fail yang dimampatkan ini dipanggil fail termampat (zipped) yang mempunyai format fail .zip atau .rar.
- Fail termampat perlu dinyah mampat (unzipped) sebelum boleh digunakan.
- Contoh perisian seperti WinZip, WinRAR dan PKZIP.


Diambil dan dioalah dari blog: 
http://compsys6.blogspot.my/2012/11/program-utiliti-utilities-program.html

Sunday, September 25, 2016

Cabaran Seorang Guru

Cabaran Seorang Guru


Sumbangan guru begitu besar sebenarnya terhadap sesebuah negara bahkan sesebuah tamadun manusia itu sejak zaman-berzaman. Jika kita kaji dan teliti, kebanyakkan tamadun manusia terdahulu yang maju adalah tamadun yang mengutamakan pendidikan terhadap rakyatnya. Disini kita dapat lihat betapa pentingnya peranan seorang guru.



Kerjaya sebagai seorang guru merupakan suatu pekerjaan yang murni. Tambahan pula dikatakan guru mempunyai cuti yang banyak. Ada juga yang mengatakan menjadi seorang guru senang dan memperoleh pendapatan tinggi dan tetap. Tidak kurang juga yang menyatakan menjadi seorang guru merupakan ‘jalan mati’ setelah profesion lain tidak memberikan peluang yang baik. Pelbagai tanggapan yang boleh disimpulkan sama ada dalam kalangan masyarakat umum tentang profesion guru. 

Tugas pendidik atau guru bukan setakat menyalurkan ilmu pengetahuan, tetapi merangkumi pendidikan akhlak kepada anak murid. Mengajar dalam apa bidang sekalipun, aspek membina sahsiah peribadi seharusnya diletakkan sebagai teras kepada usaha pendidikan itu.

Namun sebenarnya profesion menjadi seorang guru bukan sahaja suatu pekerjaan yang murni dan baik malah menjadi seorang guru perlu menggalas suatu tugas dan cabaran yang hebat untuk mendidik, membimbing dan menunjuk ajar dalam proses membentuk seorang manusia untuk menjadi modal insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara. Dalam mengharungi proses dan sistem pendidikan tersebut khususnya di Negara kita seorang guru sering menghadapi pelbagai cabaran dalam melaksanakan konteks tugasannya di bilik darjah dan sekolah.

Dalam zaman serba moden serta mencabar, kerjaya guru juga semakin mencabar. Banyak kali dilaporkan mengenai adanya segelintir kecil guru yang tidak dapat mengawal emosi lantas mengambil tindakan menghukum anak didik di luar batas etika sebagai seorang pendidik.

Justeru, guru perlulah sentiasa ingat bahawa mendidik manusia memerlukan kesabaran tinggi dan nilai kasih sayang yang kental. Tanpa dua sifat penting itu, guru akan berhadapan masalah. Panduan ditunjukkan Rasulullah SAW perlu dijadikan amalan ketika memenuhi tugas mendidik anak bangsa.


Antara cabaran profesion guru di sekolah rendah ialah tugas seorang guru dalam menyampaikan pengajarannya dalam bilik darjah. Buat masa ini guru terpaksa menggunakan pendekatan, teknik dan kaedah yang terbaharu dalam sistem pendidikan yang diperkenalkan. Cara ‘chalk and talk’ bukan lagi suatu kaedah yang sesuai. Guru mesti menguasai kaedah pedagogi yang sinonim dengan pengetahuan sedia ada murid yang bersifat homogenius, menggunakan bahan bantuan mengajar yang sistematik. 

Apabila bahan bantuan mengajar digunakan guru terpaksa menggunakan teknologi terkini dengan sumber kewangan yang terhad. Kaedah berpusatkan murid mesti dilaksanakan dalam pengajaran seseorang guru. Guru kena berfungsi sebagai medarator yang berkesan. Pencapaian objektif mesti berbentuk eksplisit yang mampu merangsang murid memahami isi pembelajaran. Penilaian secara formatif perlu dilaksanakan. Oleh itu, secara keseluruhan sistem penyampaian guru dalam pembelajaran dan pengajaran bukan lagi berbentuk stereotaip tetapi berbentuk proaktif.


Cabaran lain yang terdapat pada seseorang guru ialah seorang guru diberikan pelbagai jawatan yang bukan sepatutnya dilakukan oleh seseorang guru. Seorang guru terpaksa memegang beberapa potfolio dalam sesuatu jawatankuasa yang diwujudkan atas kapasiti yang tidak berkaitan dengan subjek yang diajar. Sebagai contoh, seorang guru yang sudah dilantik sebagai Ketua Panitia subjek terpaksa menjadi ahli untuk jawatankuasa bagi pengurusan Hal Ehwal Murid seperti Bahagian Perabot, Keceriaan dan Keselamatan sekolah serta Pengurusan Bangunan dan Pemuliharaan Bangunan dan pelbagai ini. Dengan kesibukan dalam menyediakan rancangan pembelajaran dan pengajaran dalam kelas serta menanda latihan murid seorang guru terpaksa menguruskan hal-hal yang sedemikian seperti sistem pemfailan, inventori, rekod kemas kini dan sebagainya yang perlu dilengkapkan dan diurus dengan baik. 

Cabaran ini kena dilaksanakan oleh guru bagi membantu proses pembangunan dan aset sekolah. Untuk mengatasi cabaran ini seorang guru perlu bijak mengagihkan masa semasa di sekolah iaitu menyampaikan isi pengajaran dan melakukan penandaan buku semasa di bilik darjah. Dalam proses tersebut guru perlu mengisi masa lapang atau masa tidak mengajar untuk melaksanakan sistem pendokumentasian tersebut. Justeru itu, seseorang guru perlu mengimbangi masa yang diperlukan mengajar dan melaksanakan kerja-kerja samping tersebut. Kerangkaan kerja perlu disediakan dengan lebih detail beserta dengan senarai semak.

Beberapa aspek lain juga menjadi pencabar kepada profesion perguruan masa kini. Antaranya ialah, pengenalan beberapa sistem secara online. Pengenalan kepada sistem online ini memang memberikan banyak faedah kepada guru, namaun, beberapa sistem yang diperkenalkan tidak dapat berfungsi dengan baik dan pentadbir sistem mengambil masa yang terlalu lama untuk memperbaikinya. Ini menjadikan kerja tergendala sedangkan sasaran kerja yang diperuntukkan kepada seorang guru sangat membebankan.
Selain itu, pengenalan program program tertentu tanpa diberikan penjelasan mendalam tentang cara mentadbir program tersebut juga menjadi satu cabaran kepada guru.

Kesimpulannya, dalam dunia pendidikan yang semakin canggih seiring dengan perkembangan teknologi seseorang guru tidak boleh lari daripada cabaran yang makin hebat sama ada dalam bilik darjah ataupun sekolah secara amnya. Tugas mendidik dan mengajar di sekolah perlu dilaksanakan bagi memastikan wawasan yang ingin dicapai melalui Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) supaya menjadi rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkupayaan dalam mencapai Wawasan 2020.  


 

Sumber: Blog Cikgu Sarina Idris